Ce KLIK Ce KLIK ! :)

Friday, June 15, 2012

Beloved Friend Forever (BFF).

Assalamualaikum dalam salam sejahtera kepada semua pengunjung and pembaca belog saya ni. Setelah sekian lama menyepi tanpa new entry. Hari ni terasa ingin menulis dan meluahkan sesuatu yang tak sanggup di tampung sendirian. Entry ni untuk kau Megat Danial. Do you know what! I love you so much. Menggeletar tubuh aku bila dengar kau meninggal Megat. Rasa macam tak berpijak di bumi yang nyata seketika. Kawan yang selalu dengar masalah aku dah takde. Ya Allah. Genap umur kau 20 tahun Megat kau tinggalkan kami. Sebak tak terkata. Aku selalu ingat kata kata kau. ' Amal aku sayang kau sangat. Aku sayang kau sampai aku mati'. Now, kau dah takde. Aku tau kau sayang aku. Aku pun sayang kau Megat. Kenapa kau paksa diri kau Megat? SubhanaAllah. Lemah gemalai aku rasa. Post aku yang ni memang khas untuk kau. Ye untuk kau Megat. Alhamdullilah aku dapat tengok setiap detik kau nak ke alam baru. Aku syukur sangat Megat. Semoga kau dicucuri rahmat ye Megat. Btw, Selamat Ulang Tahun yang ke 20 dan Selamat kembali kerahmatullah ye MEGAT DANIAL BIN NASIR. You always in my heart.


Esok aku nak ke Tanjung Rambutan, Perak. But aku dah takde feel nak ke sana weyh. Dah tak segembira sebelum ni. Tapi aku kena tabahkan hati kan. 'Ya Allah tabah dan kuatkanlah hati hambamu yang lemah ini'. Amiin.


P/S: Kepada semua kawan kawan Megat Danial yang dikenali mahu pun tidak. Keluarga arwah memohon maaf atas segala salah silap yang telah arwah lakukan dan diminta halalkan makan dan munim arwah. Sekian terima kasih. Jasa anda semua di kenang.


I LOVE AND MISS YOU SO MUCH :'(
Full with LOVE MEGAT DANIAL NASIR.

Love, Amal.